Friday, March 25, 2011

Online Customer Service (OCS)

Sesawang talian perkhidmatan pelanggan bagi talian Digi, Celcom, Maxis

Anda ada telefon bimbit? Anda tahu tak ada talian perkhidmatan pelanggan bagi pengguna Digi/Maxis/Celcom samada pengguna prepaid atau postpaid.

Antara perkhidmatan yang OCS berikan adalah:

  • Pengurusan akaun
  • Pamer dan cetak bil terperinci
  • Bayaran bil menggunakan kad kredit
  • Menyemak kod PUK simkad (kalau nak unblock sim yang diblock kerana banyak sangat kesilapan)
  • Menukar pelan akaun
  • Melanggan atau membatalkan langganan bagi sesetengah perkhidmatan
  • Menukar ketetapan IVR seperti pin, bahasa dan lain-lain
  • ... errr....dan banyak lagi!
Sila ke Digi OCS, di alamat https://www.digi.com.my/ocs/


Ke akses Maxis OCS, di alamat https://www.maxis.com.my/eservices/


Akses Celcom OCS, di alamat https://onlinecustomerservice.celcom.com.my/application/wss/


Percayalah perkhidmatan ini banyak kelebihannya. Sila layari untuk mempercayai kata2 saya ni... hehe...


Tuesday, November 23, 2010

NUR Ayatul Kursi...




AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah di sekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan Rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah saw bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu,
Utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"
Subhanallah. ..


Saturday, November 13, 2010

Peringatan buat penggemar air bikarbonat..

BASUH DULU SEBELUM MINUM

بسم الله الرحمن الرحيم

Basuh tin dulu sebelum minum!



Kejadian ini baru saja terjadi di Texas Utara. Seorang wanita pergi bermain perahu pada hari minggu dan membawa beberapa tin coke yang disimpan di lemari pendingin kapal itu. Pada hari Isnin, ia dibawa ke rumah sakit dan ditempatkan di ruangan Intensive Care Unit. Dia meninggal dunia pada hari Rabu.

Keputusan autopsy menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Hal ini terlacak pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan cawan. Keputusan ujian menunjukkan tin tersebut telah dijangkiti urin tikus yang sudah mengering dan itulah yang menyebabkan Leptospirosis.

Air kencing tikus mengandungi zat beracun dan mematikan. Hal ini sangat digalakkan untuk membasuh secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Tin biasanya disimpan di dalam gudang dan langsung dihantar ke kedai-kedai tanpa dibersihkan. Sebuah penelitian di NYCU menunjukkan bahawa bahagian atas semua tin minuman lebih tercemar berbanding tandas awam. Penuh kuman dan bakteria. Jadi cuci dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk mengelakkan segala jenis kemalangan kepada diri anda.

- adamzpest


Thursday, September 09, 2010

Salam Aidilfitri 1431H...



Suhaimi Abdul Rahim 09 September at 21:31
Ramadhan telah meninggalkan kita
Syawal menjelang Menandakan hari raya
Kehidupan biasa bermula semula
Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa

Di hari raya ini koreksilah diri sendiri
Layakkah hari ini kita berhari raya
Hari raya hanya untuk orang-orang bertaqwa
Selain mereka tidak layak merayakannya

Renung kembali segala amalan di bulan Ramadhan
Adakah meningkat dari sebelumnya
Bertambah baikkah kita dari masa ke semasa
Sesuai dengan meningkatnya umur kita

Renung pula ke hadapan bagaimana nasib kita
Apakah kita mati di dalam Husnul Khatimah
Kerana nafsu selalu mendorong kejahatan
Juga syaitan yang sentiasa melalaikan

Ingatlah hari raya bukan untuk bersuka ria
Ia hari bersyukur menggembirakan yang tak punya
Memberi bantuan mereka yang tidak berada
Maaf bermaafan sesama kita

Bertimbang rasa kita sesama manusia
Bersimpatilah dengan mereka yang susah
Berkasih sayang itu sangat diperintahkan
Bahkan sesuai dengan fitrah manusia

Ramadhan hadapan belum kita jumpa.....


.:: Sedetik Waktu Berlalu Mendekatkan Yang hak kepada Hak-NYA ::.