Friday, February 27, 2009

Rindu sahabat-sahabat...

Salam Perjuangan dan Salam Perpaduan buat semua pengunjung..
Tidak tahulah kenapa saya merasa terpanggil untuk mewujudkan blog peribadi ni. Bukan pandaipun... (Dan sebenarnya, minatpun kurang...) Tidak bercita-citapun nak jadi blogger, apalagi tidak sesuai dengan saya ni yang bukan rajin nak menulis! Blog yang tidak dikemaskini sekian lama mungkin berlaku.
Bagaimanapun, dengan terpanggilnya saya dalam dunia blogger ni, saya cuba la sedaya upaya memanfaatkan ruang maya ini buat tatapan sahabat, anak didik mahupun famili.
Ketika ini, saya cuma teringatkan seorang sahabat yang bercita-cita nak jadi penulis.
Pernah beliau mulakan blog (syahid_akhtar), tapi blog beliau tersadai dek kekangan dan komitmen yang jauh berbeza setelah berumahtangga...
Sekali air bah sekali pantai berubah. Inikan pula manusia yang punya cita dan rasa yang berbeza. Saat2 begini, tentunya saya rindukan sahabat2.. Susah senang dahulu bersama2... Adakah mereka juga merindui saya..? Hmm.... Ukhuwwah Fillah Abadan Abada.. Miss U All... (more than i can say)
Begitupun, kehidupan wajib diteruskan & perjuangan belum berakhir...

No comments: