Contributors

Sunday, January 04, 2009

Kecemasan - Apendik Nuwairah pecah dalam perut...

Betul org lama kata "malang tak berbau".
Saya sendiri tak menyangka seusia 3 tahun seperti nuwairah yang selama tiga hari dia sakit perut sebenarnya sedang mengalami radang apendik . Sangka kami dia sakit perut biasa (kembung perut, dll). Hari kedua sakit badan mula panas dan kami bawa ke klinik. Doktor kata perkara biasa dia sakit perut bila tersalah makan dan kebetulan ada sedikit jangkitan di dalam tekak. Itu juga kemungkinan menyebabkan dia muntah2 bila minum, tiada selera makan dan sedikit demam. Pada lewat tengah malam itu juga nuwairah tiba-tiba menggeletar dan panas mendadak. Berkejar ke klinik kesihatan paling hampir kejutkan MA yang nyenyak tidur. MA sekadar ambil suhu badan dan masuk ubat kurangkan panas dan cadangkan terus bawa ke unit kecemasan HTAA. Masih tak sedar kemungkinan lain, saya bawa balik nuwairah dan mandikan dengan air batu. Keadaan dia sedikit baik menyebabkan saya rasa tidak perlu ke HTAA lagi.
Keesokannya, selepas solat maghrib nuwairah berbaring di sebelah sejadah saya. Keadaan semakin lemah. Setiap kali cuba minum pasti dimuntahkan semula. Samalah keadaannya sejak dua hari lepas. Sebaik selesai isya' kami hantar ke klinik semula. Doktor mengarahkan terus ke hospital kerana syak apendik pecah dalam perut. Bayangkan perasaan si ibu..




No comments: