Sunday, May 24, 2009

Hari Sahabat Sedunia

Doa Untuk Sahabat

أَخِي أَدْعُو لَكَ فِي هَذَا اليَوْمِ، أَدْعُو مَنْ هُوَ فِي مُلْكِهِ مُقِيْمٌ... وَفِي جَلاَلِهِ عَظِيْمٌ... وَعَلىَ عِباَدِهِ رَحِيْمٌ... وَبِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ... وَبِمَنْ عَصَاهُ حَلِيْمٌ... وَبِمَنْ رَجَاهُ كَرِيْمٌ... أَنْ يُكْرِمَكَ وَيُعِزَّكَ وَيُحِبَّكَ وَيَرْحَمَكَ وَيُطِيْلَ عُمْرَكَ بِطَاعَتِهِ وَيُغْنِيَكَ عَمَّنْ سِوَاهُ... اللهُمَّ يَا رَبَّ وَمُنَوِّرَ هَذَا الكَوْنِ... وَيَا عَوْنَ مَنْ يَطْلُبُ العَوْنَ... اُكْتُبْ لَهُ رِضَاكَ... وَأَسْعِدْهُ بِقُرْبِكَ وَنَجْوَاكَ... وَاكْفِهِ وَأَغْنِهِ عَمَّنْ سِوَاكَ.
Wahai saudaraku! Aku berdoa untuk mu pada hari ini. Aku berdoa kepada Tuhan yang berkekalan dalam kerajaanNya… Tuhan yang agung dalam kebesaranNya… Tuhan yang Maha Pengasih kepada para hambaNya… Tuhan amat mengetahui tentang segala perkara… Tuhan yang amat santun terhadap sesiapa yang berbuat maksiat terhadapNya… Tuhan yang amat Pemurah kepada orang yang mengharapkanNya… Aku bermohon agar Dia memuliakan, meninggikan, mengasihi, merahmati dan memanjangkan umur engkau dengan ketaatan kepada-Nya, dan Dia memperkayakan engkau daripada makhluk yang lain… Ya Allah! Wahai Tuhan dan Pemberi cahaya alam ini! Wahai Penolong kepada orang-orang yang memohon pertolongan! Berilah kepadanya keredhaan-Mu… Bahagiakanlah ia dengan kedekatan dan munajatnya kepada-Mu… Cukupkan dan kayakan ia daripada sesuatu yang lain daripadaMu…

No comments: