Contributors

Sunday, November 01, 2009

Menyaksikan Fenomena Halo di Kuantan 31 Oktober 2009

APA ITU FENOMENA HALO?
Halo.
Fenomena halo (bahasa Greek: ἅλως) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu.Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.
Halo di utara Semenanjung Malaysia, pada 6 Ogos 2007.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.
Teori kewujudan holo dari sudut sains.
Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.
Lingkaran di sekeliling bulan. Lokasi, Kuantan. Gmbr sekitar jam 10.10-10.30 mlm, 31 oktober 2009

Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.
Halo sangat besar.
Halo di Kutub Selatan.
Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.
Lingkaran di sekeliling bulan. Lokasi, Kuantan. Gmbr sekitar jam 10.10-10.30 mlm, 31 oktober 2009

Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.
Untuk melihat halo pastikan mata dilindungi dengan menutup matahari


TAMBAHAN:
http://ibnuabbas.wordpress.com/2009/10/01/fenomena-halo/

Gambar ini saya dapat dari http://Tolahah.com. Saya berkesempatan melihat fenomena ini pada 30 Oktober 2009 lebih kurang jam 10 lebih. Fenomena ini dinamakan sebagai HALO. Ia memang pernah berlaku sebelum ini dan saya pernah melihatnya tetapi kali ini sangat cantik dan diperkatakan ramai orang. Perhatikan baik-baik gambar yang diambil Tolahah. Ada kalimah ألله di langit berhampiran imej bulan. Subhanallah, Allahu Akbar!!!

3 comments:

Motivasi Kerja said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam perkenalan. Terima kasih perkongsian yang baik ini. Saya juga malam tu ada kawan beritahu suruh tgk bulan. Malangnya saya tinggal di Selangor masa tu dan hujan pula. Jadi tak nampaklah.

Normi said...

Wa'alaikumussalam warah matullahi wa barakatuh..
Salam Persaudaraan.
dan terima kasih..

Husna Z.A., 2009 said...

tapi, ape kaitan ais kristal dgn cuaca di Msia?