Contributors

Sunday, May 03, 2009

Keputusan PTK 2009

Kali ini saya amat yakin dapat keputusan yang baik kerana dapat menjawab kesemua soalan dengan tenang dan yakin sekali. Hanya 3 soalan dpd kesemua soalan yang saya kurang yakin jawapannya. Sempat bergurau dengan salah seorang pengawas selepas peperiksaan, bahawa kali ni confirm dapat IV dan semestinya ada yang tak kena kalau saya masih gagal.

Bagaimanapun, kuasa bukan pada kita. Nasib boleh berubah lantaran usaha dan kudrat kita tapi bukan kita yang tentukan.
Hari ini saya dikejutkan dengan keputusan semakan peperiksaan PTK secara sms. Saya dapat II! 

Benarkah keputusan ini.. Tak percaya betul!
Tentunya amat mengecewakan bila keyakinan kita berakhir dengan kegagalan.. 

Bertawakkal barang pasti, redha menanti. Saat begini yang dikatakan ujian. 

Percaya pada Qada dan Qadar Allah. Percaya takdirNYA mengatasi perancangan dan strategi manusia..




Moga ditenangkan fikiran dan keperitan atas ujian yang hanya sedikit ini.. 

Yang pasti, saya gagal bukan kerana saya bodoh, bukan kerana tidak study atau memang tidak layak lulus!


Saya harus yakin bahawa masanya belum tiba buat saya untuk dikurniakan nikmat dunia ini.. InsyaAllah, rezeki ada di mana-mana... Hanya Allah Jua Maha Tahu.. Dia-lah Sebaik-baik Perancang dan Pelaksana.
ALLahu Akbar!!




:: Sedetik Waktu Berlalu Mendekatkan Yang hak kepada Hak-NYA ::.

6 comments:

Zam said...

Tengah2 mencari carian untk keputusan ptk
tetibe jumpe blog ni
Salam Ziarah :)

huhu
ni yg takut ni, result tak tahu lg
kat mana nk tgk ye

Normi said...

Salam. Terima kasih atas ziarah saudara (walau tak sengaja. hehe).
Sebenarnya, saya mencari-cari juga keputusan ptk online. Tak jumpa dan di sesawang kementerian sendiri belum ada. Jadi, saya ambil keputusan bahawa keputusan sms yang kawan saya dengan sukarelanya dapatkan untuk saya adalah TIDAK KEMAS KINI. Keputusan tu mungkin yang sebelum ini... Hmm, walaupun untuk menyedapkan hati saya, tapi saya yakin 100% lah. PTK Mac 2009 belum keluar!!!!

Zam said...

hehe
rakan2 guru di sekolah saya pun ramai yg terkena
ada yg dah mula kecewa bl dgr result mereka, padahal result itu adalah result ogos 2008
hehe
Insya Allah, ada rezeki, dapatlah IV tu :)

Normi said...

AMEEN!!!!
INSYAALLAH.
THANK YOU!

haba said...

Askm. Jgn bimbang masih ada harapan, cuba semak dulu. Kadang2 tersilap sistem hantar yang lama.

Anyway masih ada yang bertanya macamna nak semak? Anda boleh pergi semak kat sini http://epanduan.wordpress.com.

Normi said...

Jutaan terima kasih Haba,
Saya dah buat semakan.
Confirm saya sekadar lulus..
Redha jer la.
Mungkin ini sahaja rezeki yang ditakdirkan buat saya..
Alhamdulillah. :)