Contributors

Friday, May 15, 2009

Suatu hari di Hari...

Guru...
U know what, setiap kali bila hari guru saya pasti syahdu.  Syahdu yang luar biasa (tak sama syahdu di hari raya).  Masa ni saya teringat zaman sekolah... teringatkan guru-guru di sekolah rendah dan menengah...  Masa sambutan hari guru mesti meriah. Sajak 'Guru Oh Guru' juga sentiasa ada saban tahun. Dari dulu saya suka sajak ni. Saya pernah tulis cantik-cantik, bingkaikan dan simpan elok-elok. Bangga saya dengan profesyen perguruan! Mana tak, selain bercita-cita nak jadi peguam, polis, guru saya letakkan no.3! Hehehe. Masa tu mana la tahu apa-apa tentang kerjaya. Main letak jer. Tapi memang glamer la peguam, polis, tentera, guru zaman saya tu. Tu la saja yang tergambar dek benak saya dan rakan-rakan lain..
Setiap kali sambutan hari guru, dan melihatkan para guru menyanyikan "KAMI GURU MALAYSIA", pasti ramai pelajar bertepuk tangan kesukaan.. Girang melihatkan guru-guru 'perform' di pentas.  Lebih-lebih lagi bila melihatkan aksi guru kegemaran atau guru terbilang sekolah.. 
Ketika di sekolah rendah, saya begitulah. Suka melihat guru-guru terutama guru yang garang-garang, serius atau guru idola buat aksi yang tak biasa mereka buat.  
Tapi sebaliknya pulak ketika di sekolah menengah. Melihatkan guru-guru menyanyi, saya begitu sayu dan ada ketikanya saya sebak dan menangis. Syahdu menghayati bait2 lagu yang dilaung guru.. betapa jerihnya guru mengajar dan mendidik anak bangsa dan generasi saya ketika itu.. Time ni saya dah pasang cita-cita baru.. Guru dah tak tersenarai. Saya nak jadi photographer, programmer...
Dan... siapa sangka 14 tahun setelah melalui zaman belajar, ketika mula-mula menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia" ketika hari akhir Minggu Suai Kenal di Maktab Perguruan Teknik Cheras 1991, saya juga menangis.. tegak bulu roma saya... (Huhu...cikgu jugak akhirnya..)
Kali ni menangis kerana sedar diri bahawa saya pula yang menyambung amanat guru-guru saya... Kesyahduan saya melihatkan guru-guru menyanyi selama ini berbalik kepada saya. Semangat yang membara dalam diri ketika itu, Hanya Allah Maha Tahu.. 
Hari ini, saya dah 16 tahun bergelar guru. Bakal kali ke-16 menyanyikan lagu guru malaysia. dan setiap kali itu jugalah saya masih rasa perkara yang sama... yalah.. Syahdu!... hUHUHUUU...

p/s: Berhantu betul lagu ni.. err, dan evergreen!  ERR.. Adakah cikgu-cikgu selama ini juga syahdu ketika menyanyikan lagu tema hari guru ya? Ya, tentu cikgu-cikgu saya dulu merasakan apa yang saya rasa...!

4 comments:

Zam said...

Salam Kak
Masa sy kecil2, mendengarkan lagu ni saja dah buat bulu roma meremang
kenapa ntah
tahu2, dah besar, jadi cikgu gak
hehehe

Normi said...

Salam zamani.
Ya lah. Born to be a teacher barangkali. Tahniah kerana menjadi guru.
SELAMAT HARI GURU!

cikgujugak said...

Selamat hari guru.
Bangga jadi guru.

Anonymous said...

SELAMAT HARI GURU K.NOMIE. SEMOGA K.NOMIE TERUS BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.AMIN. SEMOGA ALLAH MERAHMATIMU... emy,raub